Sambal Petai Udang

Ramuan / Bahan

1 ikat petai (dibuang kulit)
300g udang basah (dibuang kulit)
minyak masak (untuk menumis) Bahan kisar:
10 biji cili besar
½ biji tomato
2 biji bawang besar

garam
sedikit serbuk perasa (ajinomoto)

Cara-cara

Kisarkan cili,bawang dan tomato
panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan kisar, tambah sekali garam dan ajinomoto secukup rasa.
tumiskan dengan api sederhana hingga terbit minyak.
kemudian masukkan udang basah dan petai yang dibuang kulit.
tunggu sebentar hingga masak. angkat dan hidangkan.