Sambal Petai Bersantan

Ramuan / Bahan

3 tangkai petai dikikis kulitnya
50 gm ikan bilis digoreng garing
15 tangkai cili kering dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
sedikit belacan dikisar setengah biji pati santan
3 keping asam gelugor
minyak masak
garam
sedikit air

Cara-cara

Petai yang telah dikikis tadi dipotong dua dan rendamkan kedalam air.Tumiskan cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah dikisar sehingga pecah minyak(garing). Masukkan asam keping dan juga petaibeserta dengan ikan bilis yang telah digoreng. Kacau selama seminit. Masukkan pati santan dan sedikit air hingga kuahnya sederhana pekat. Biarkan hingga mendidih pada api sederhana. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan selama 1 minit dan hidangkan.