Sambal Pengantin Bugis Style

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu diptong dadu dan digaram dan dikunyit
1 kg udang dibuang kulit - digaram dan dikunyit
1 cawan minyak masak
2 cawan santan
Sedikit asam jawa 500g bawang merah dimayang halus
100g bawang putih dimayang halus
10-15 tangkai cili kering di mayang halus
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Cara-cara

Masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga layu dan naik bau. Sementara itu gorengkan udang dan daging yang telah digaram kunyit tadi. Angkat dan toskan minyak. Setelah bawang tadi layu masukkan daging dan udang yang telah siap digoreng, gaul sebati. Masukkan santan yang dicampur dengan sedikit asam jawa. Taburkan cili kering yang dimayang halus. Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Masak sehingga santan pecah minyak.