Sambal Pedas Taucu

Ramuan / Bahan

1 botol kecil taucu manis
20 biji cili padi
belacan sebesar ibu jari
½ cawan air asam jawa
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji lada merah
gula secukup rasa
sedikit aji-nomoto
minyak masak untuk menumis

Cara-cara

Kisar bawang merah,putih, cili padi & belacan kemudin tumis sehingga naik wangi, masukkan taucu biarkan hingga pekat kemudian masukkan lada besar, bawang besar yang telah dihiris nipis.Gaul hingga sebati kemudian masukkan air asam jawa,gula dan serbuk perasa dan biarkan kuah pekat sedikit kemudian angkat.