Sambal Pedal & Petai Senang Punya

Ramuan / Bahan

Bahan A
1 mangkuk pedal ayam (direbus dan dipotong kecil)
3 papan petai (dikikis kulit dan di hiris tebal - setiap mata potong 2)
2 biji ubi kentang (didadu kecil)
1 biji bawang besar (didadu kecil)
1 biji terung panjang (didadu kecil) Bahan B
15 tangkai cili kering (ikut kepedasan anda)
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Minyak masak
Garam

Cara-cara

Goreng bahan A - boleh goreng garing jika mahu. Lepas tu ketepikan. Kisar cili kering, bawang merah & bawang putih. Tumis campuran cili tadi sehingga garing. Kemudian, masukkan bahan A yang telah digoreng tadi, garam secukup rasa.