Sambal Paru

Ramuan / Bahan

8 sudu besar minyak
15 biji bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih
3 batang serai dihiris
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 camca besar cili giling 1 tin kecil puri tomato
4 camca teh kicap manis
Sedikit garam
10 tangkai cili merah
600 gm paru, dipotong dadu dan direbus
300 gm kentang dipotong dadu kemudian digoreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, serai halia dan lengkuas hingga wangi.

Masukkan cili giling, puri tomato, kicap dan garam.

Akhir sekali, masukkan cili merah, paru dan kentang.

Gaul rata-rata kemudian angkat.