Sambal Orang Bujang

Ramuan / Bahan

20 batang cili kering
segenggam ikan bilis/udang kering
3-4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 biji bawang kecil
5 sudu besar gula
3 sudu besar kicap masin

Cara-cara

1. Cili kering dimesin bersama-sama dengan bawang putih(A).
2.ikan bilis/udang kering ditumbuk dengan bawang besar(B).

Panaskan kuali dengan minyak yang sedikit.
Goreng bawang merah sehingga garing dan masukkkan ramuan B.Tunggu sehingga bawang besar kekuning-kuningan.Kemudian masukkan ramuan A beserta gula dan kicap.Sentiasa kacau sambal ini sehingga betul-betul pekat.Kemudian sedia dihidang.