Biskut Epal

Ramuan / Bahan

180 gm mentega
90 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanila
2 sudu besar parutan epal
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula, parutan epal, esen vanila dan pewarna hijau.

Masukkan tepung. Gaul rata.

Bentukkan adunan seperti epal. Lekatkan cengkih sebagai tangkai. Bakar selama 20 minit.