Biskut Emping Oat Berkismis

Ramuan / Bahan

½ cawan gula perang
1 cawan gula halus
1 cawan mentega tanpa garam
1 camca teh esen vanila
1 biji telur, dipukul 1 ½ cawan emping oat
1 cawan kismis hitam
1 ½ cawan tepung serba guna - diayak bersama
1 camca teh serbuk penaik - diayak bersama
1 camca teh serbuk kulit kayu manis - diayak bersama

Cara-cara

Pukul gula perang dan gula halus bersama mentega hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama emping oat dan kismis. Kacau sebati dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat seperti guli kecil dan tekan adunan menjadi leper. Letakkan adunan di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar 10 minit atau hingga kuning pada suhu 180'C.