Sambal Kulit Limau Kasturi

Ramuan / Bahan

9 biji cili merah
3 ulas bawang merah
10 biji limau kasturi berkulit licin
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Limau kasturi dicuci dibelah dua diambil air dan dibuang bijinya.
2. Kulit limau dihiris halus selebar 2 milimeter.
3. Cili diblender bersama dengan air limau sehingga halus.
4. Kisar bawang merah bersama Cili yang telah dikisar halus.
5. Pindahahkan bahan yang dikisar tadi kedalam mangkuk dan gaulkan kulit limau kasturi yang telah di hiris halus dan tambah garam mengikut rasa.