Sambal Ketuk Jawa

Ramuan / Bahan

Bahan A
Segenggam ikan bilis (atau ikut suka)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi (atau ikut suka pedas)
2 biji limau kasturi

Cara-cara

Semua bahan A di goreng garing secara berasingan. Pastikan cili padi di belah dahulu sebelum menggoreng untuk mengelak ia meletup. Bawang-bawang digoreng sebiji-sebiji tanpa perlu dimayang.
Tos semua bahan untuk mengeringkan minyak.
Kemudian bahan A di tumbuk halus seperti membuat sambal belacan.
Setelah siap, perahkan limau kasturi diatas sambal tadi. Siap untuk dimakan.