Biskut Digestif Berempah

Ramuan / Bahan

225 gm tepung atta
100 gm tepung gandum
1 camca teh serbuk kayu manis
1 camca teh serbuk rempah kari
½ camca teh garam 2 camca teh serbuk penaik
75 gm mentega
50 gm lemak sayuran
1 biji telur
4 camca besar air

Cara-cara

Satukan tepung atta, tepung gandum, rempah-rempah, garam dan serbuk penaik di dalam mangkuk besar. Gaul dan ramaskan marjerin dan lemak sayuran bersama campuran tepung atta hingga menjadi serbuk roti. Pukul telur bersama air hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan tadi dan uli hingga menjadi doh. Taburkan tepung ke atas papan canai dan canai doh setebal 3 mm. Terap doh dengan acuan. Cucuk dengan garpu jika suka. Bakar 15 minit pada suhu 180'C atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.