Sambal Kering Ayam

Ramuan / Bahan

500 gm isi ayam cincang
1 mangkuk santan pekat, daripada sebiji kelapa
2 camca besar air asam jawa
2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sm halia
3 batang serai

Cara-cara

Ayam direbus 30 minit. Isinya digiling lumat. Masukkan santan dan bahan-bahan kisar dan rempah kari ke dalam kuali. Apabila mendidih masukkan isi ayam, air asam jawa, kerisik, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Masak hingga sambal kering dan berderai.