Biskut Bintang Malam

Ramuan / Bahan

100 g mentega
25 g gula aising
1 camca teh esen vanila 130 g tepung serba guna
100 g coklat cair
Manik berwarna secukupnya

Cara-cara

Putar mentega bersama gula aising hingga ia kembang. Masukkan esen vanila bersama tepung serba guna, gaul hingga ia sebati dan menjadi doh. Canai hingga 6 mm tebal, terap dengan acuan pilihan. Susun di atas tin bakar. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C, 15 minit. Biar ia sejuk. Celup biskut di dalam coklat cair dan tabur manik di atasnya.