Sambal Jawa

Ramuan / Bahan

10 biji cili padi(digoreng)
1 labu bawang besar(digoreng)
1 ulas bawang putih(digoreng)
3 genggam ikan bilis(digoreng & diramas)
sedikit kacang tanah(digoreng)
1 biji tomato
garam dan perasa

Cara-cara

Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng bersama tomato. Kemudian campurkan bersama ikan bilis yang telah diramas. Masukkan garam dan bahan perisa mengikut citarasa.