Sambal Ikan Masin

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan masin
3 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 biji perahan air limau nipis
Belacan, gula, garam secukup rasa

Cara-cara

Pisahkan isi ikan masin dengan tulang, selepas ikan masin dipanggang.

Tumbuk bawang merah dan cili merah, masukkan belacan, gula dan garam secukup rasa.

Masukkan isi ikan masin dan tumbuk sehingga agak hancur

Akhir sekali, masukkan perahan air limau.