Sambal Ikan Bilis Unie

Ramuan / Bahan

100g Ikan bilis kering (dibuang kepala)
5 biji cili padi
3 biji limau kasturi (Perah jusnya)
2 biji bawang merah (Dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (Dihiris halus) Garam secukup rasa
secubit MSG
Gula

Cara-cara

1.Basuh ikan bilis dengan air sejuk seterusnya dengan air suam, kemudian toskan sehingga kering.
2.Masukkan garam, MSG dan gula kedalam lesung batu, kemudian masuk kan cili padi, tumbuk sehingga lumat.
3.Gaulkan bahan ini bersama-sama dengan ikan bilis, bawang dan perahan limau.Gaul sehingga rata.