Sambal Ikan Bilis Dan Petai

Ramuan / Bahan

10 biji cili kering*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
garam dan ajinomoto secukup rasa

bahan-bahan yang bertanda* dikisar semangkuk santan
2 papan petai
RM2 ikan bilis tanpa kepala
2 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa

Cara-cara

1.panaskan minyak,masukkkan cili kering yang telah dikisar,setelah garing masukkan bawang sehingga naik bau.

2.kemudian masukkan santan,ikan bilis,air asam jawa,petai,garam dan ajinomoto.

3.biarkan selama 20 minit atau santan semakin kering.

4.siap untuk dimakan