Biskut Coklat dan Kismis

Ramuan / Bahan

375 gm tepung
½ sudu teh serbuk soda
¼ sudu teh garam
185 gm mentega
185 gm gula castor 1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
90 gm walonut (dicincang)
90 gm kismis
185 gm chocolate chip

Cara-cara

Pukul mentega, gula dan telur hingga sebati. Masukkan tepung, serbuk soda, garam dan vanila sambil digaulkan hingga sebati. Akhir sekali masukkan walnut, kismis dan chocolate chip. Sendukkan adunan menggunakan sudu teh dan letakkan atas dulang pembakar dan bakar hingga masak.