Sambal Hijau

Ramuan / Bahan

7 tangkai cili hijau (besar)
11 tangkai cili padi hijau
1 labu bawang merah (besar)dimayang halus
100 gm belacan
sedikit gula
1 sudu kecil minyak masak

Cara-cara

Cili hijau besar dibasuh dan dipotong dua secara memanjang. Basuh cili padi.
Panaskan minyak masak dan goreng cili hijau dan cili padi sehingga warna cili kekuning-kuningan.Masukkan bawang merah dan belacan. Terus goreng sehingga masak.
Angkat dari kuali dan tumbuk hingga lumat.Masukkan gula dan gaul sehingga rata.