Sambal Goreng.

Ramuan / Bahan

10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo hempedal ayam
½ kilo daging
½ kilo udang sederhana besar
2 papan petai(jika suka)
¼ kilo lada hijau
¼ kilo lada merah
2o batang cili kering
6/7 biji bawang besar dihiris
5/6 biji bawang besar dihiris
1 biji santan pekat
sedikit asam jawa
sedikit belacan
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas

Cara-cara

Tempe/tahu di potongkecil dan digoring
daging direbus kemudian potong kecil
dan digoring. Hati ayam/hempedal dibersihkan dan digoring, udang dibersihkan tanpa membuang kulit nya. Panaskan minyak secukupnya untuk bahan
bahan yang tersebut.

Cili kering yang dikisar
bawang besar/bawang putih hingga garing
masukan lada hijau/merah yang dihiris halus.

Kacau rata masukan bahan bahan yang
digoring tadi. Kacau rata. Masukan air perahanasam jawa/belacan bersama sama dengan air rebusan daging sebanyak lebih kurang 1 mangkuk.

Masukkan pula santan pekat. Bubuh garam /gula /perasa secukup nya. Kacau rata. Akhir sekali masukan udang dan juga petai. Perlahankan api masaklah
hingga sebati.