Sambal Goreng Tahi Minyak

Ramuan / Bahan

1 biji santan kelapa (ambil pati shj)
4 biji bawang besar (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
20 batang cili kering (dikisar)
1 ½ belacan (di bakar)
secawan ikan bilis (digoreng)
garam
gula

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis hingga garing. kemudian asingkan.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, belacan dan asingkan.
3. pati santan dimasak dengan api kecil di dalam kuali sehingga keluar tahi minyak.
4. tumiskan bahan yang telah dikisar ke dalam tahi minyak tadi sehingga masak dan garing.
5. tunggu sehingga sambal sejuk sedikit, kemudian barulah masukkan ikan bilis goreng.