Sambal Goreng Kering jawa

Ramuan / Bahan

Bahan 'A'

200 gram Kacang Panjang
200 gram Perut Tauhu / Tauhu Kering
200 gram Soo Hoon
500 gram Perut Lembu Tempatan / Import
2 Bungkus Tempe
5 Ketul Kentang Bahan 'B'

200 gram Cili Basah Hijau & Merah
100 gram Cili Padi(sekiranya hendak pedas)
2 Ulas Bawang Besar
5 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
2 Seduk Minyak Masak
1 Cawan Kicap Cap Kipas Udang Lemak Manis
Garam Secukup Rasa

Cara-cara

Bahan 'A'

1)Rebus perut lembu sehingga lembut dan
dipotong dadu,
2)Pipih/potong layang kacang panjang,
3)Tempe di potong dadu,
4)Kentang di potong panjang,
5)Soo hoon
6)Perut tauhu/tauhu kering

Goreng kesemua bahan 'A' perut lembu hendaklah digoreng sehingga kering air perut tersebut dan kacang panjang hendaklah digoreng sehingga layu.

Bahan 'B'

1)Pipih lada basah dan cili padi,
2)Potong bawang besar,bawang putih dan
halia,
3)1 Cawan kicap cap kipas udang lemak
manis,
4)2 Senduk minyak masak

Panaskan minyak masak,tumis bahan 'B' 1&2 sehingga kekunigan. Masukkan kicap dan garam secukup rasa kemudian masukkan kesemua bahan 'A' 1,2,3,&4 dan gaulkan kemudian masukkan bahan 'A' 5 & 6 dan gaul sehingga sebati. Setelah sebati angkat dan siap untuk dihidangkan.