Sambal Goreng Jantung

Ramuan / Bahan

750 gm jantung lembu (dibuang uratnya & potong kecil-kecil)
2 sudu minyak makan
3 ulas bawang putih (dititik)
6 ulas bawang merah (dihiris tipis)

Bahan Tumbuk:
3-4 hiris lengkuas
4 batang lada merah 3 helai daun salam
1 ½ cawan pati santan
Serbuk perasa secukup rasa
3 biji tomato (dihiris)

1 sudu garam
1 sudu belacan (dibakar)

Cara-cara

Pijarkan minyak dalam kuali di atas api yang besar. Goreng bawang putih & bawang merah sehingga kuning & masukkan
bahan tumbuk tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan jantung & goreng selama 3 minit. Masukkan daun salam,pati santan & bahan perasa. Kecilkan api supaya sederhana besarnya & masak selama 10 minit,dengan mengacaunya selalu. Kecilkan api & masukkan tomato, Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga jantung empuk & kuatnya pekat. Isikan ke dalam pinggan
& hidangkan sebagai hidangan tambahan kepada hidangan utama.