Sambal Goreng Bintang Hati

Ramuan / Bahan

3 keping tauhu
Tempe
300 gm udang
50 gm suun (rendam dan potong pendek)
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi 4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 cm halia
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam

Cara-cara

Hiris bawang putih, bawang merah, halia cili merah dan cili padi.

Tauhu dan tempe dipotong dadu dan digoreng. Kemudian rendam suun.

Tumiskan bawang dan halia hingga agak garing. Masukkan cili padi dan cili merah.

Tuangkan santan dan asam gelugur, biarkan mendidih lima minit.

Masukkan udang, tauhu, tempe, suun dan garam.

Biarkan mendidih anggaran 3 minit dan barulah diangkat.