Sambal Goreng

Ramuan / Bahan

½ cawan minyak masak
2 biji bawang besar, dicincang halus
6 ulas bawang putih, dicincang halus
20 biji cili kering, ditumbuk
3 camca besar gula
Sedikit garam
Air asam jawa
¼ cawan santan 4 keping tempe, dipotong dadu besar dan digoreng garing
50 gm kacang tanah, digoreng
2 biji kentang, dihiris nipis dan digoreng garing
150 gm ikan bilis, digoreng garing

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hingga garing. Masukkan gula, garam, air asam jawa dan santan, terus masak hingga terbit minyak dan menjadi pekat. Masukkan tempe, kacang, kentang dan ikan bilis, gaul rata dan bolehlah diangkat.