Sambal Goreng

Ramuan / Bahan

250 gm hati atau limpa
126 gm paru
Air garam yang mendidih
3 sudu minyak makan
3 ulas bawang putih (dicincang)
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
Garam & lada sulah secukup rasa
4 keping tempeh (dipotong dadu sebesar 1.2 cm)
3 keping tauhu (dipotong dadu sebesar 1.2 cm)
4 batang lada merah
3 batang lada hijau
1 ikat suun 3 keping tauhu (dipotong dadu sebesar 1.2 cm)
4 batang lada merah (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
3 batang lada hijau (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
1 sudu air asam jawa
1 cawan pati santan
1 sudu kicap cair
1 labu bawang besar (dibelah dua,dihiris & digoreng)

Cara-cara

Masukkan hati atau limpa ke dalam air garam yang mendidih & keluarkan selepas 2 minit. Potongkan memjadi dadu-dadu sebesar 1.2 cm.Rebus paru dengan air itu sehingga empuk.Potong-potongan seperti hat/limpa. Pijarkan minyak & gorengkan bawang putih & bawang merah.Masukkan hati & paru-paru. Perasakan secukup rasa & gorengkan selama 5 minit. Masukkan tempe & tauhu. Teruskan menggoreng selama 5 minit lagi. Masukkan lada,air asam jawa & pati santan,kacau hingga bercampur rata.Biarkan mendidih.Kecilkan api & masukkan suun. Didihkan peralahan-lahan hingga hati & paru empuk. dengan mengacaunya selalu.Masukkan kicap cair & kicap manis.Gorengkan hingga mesra & rasalah asam garamnya. Angkat dari api,Hiaskan & hidangkan panas-panas dengan nasi putih.