Sambal Getuk

Ramuan / Bahan

1 biji pelam muda (hiris sederhana halus)
3 biji cili merah
7 biji cili padi
Belacan secukup rasa (dibakar)
½ ulas bawang besar (potong dadu)
3 biji limau kasturi (jus sahaja)
segengam ikan bilis (goreng separuh masak)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk seperti buat sambal belacan kemudian masukkan sekali pelam, bawang besar dan ikan bilis. Tumbuk jgn terlalu hancur dan masukkan sedikit garam. Sesudah itu, masukkan jus limau kasturi.