Sambal gesek

Ramuan / Bahan

Ikan bilis 1 cawan
Cili Padi 7 biji Garam secukup rasa
Limau nipis

Cara-cara

Bersihkan ikan bilis pastikan tulang dan kepala dibuang. Tumbuk cili padi berserta garam, setelah lumat masukkan ikan bilis dan tumbuk setakat ikan bilis pecah-pecah sahaja. Perahkan air limau nipis, gaul dan sesuaikan rasanya.