Sambal Daun Asam Gelugur

Ramuan / Bahan

Pucuk daun asam gelugur (pucuk kecil warna merah)
Bawang Merah - 2 Ulas
Cili Masak - 1 biji
Cili api - 5 biji
Belacan
sebiji limau kasturi (separuh masak)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-cara

basuh bersih semua bahan2.. hiris2kan pucuk daun asam gelugur,tumbuk semua bahan bersama pucuk tadi ( mcm buat sambal belacan) , tak perlu lumat sangat.. agak2 pecah2 je.. nak lumat pon boley ikut suke hati la... limau kasturi tu potong2 dengan kulit2nya sekali dan dibuang biji - pemecah selera tuu.. sedikit gula dan garam sebagai bahan perasa..