Biskut Cantik Molek

Ramuan / Bahan

1000 gm tepung
400 gm mentega
700 gm gula castor
400 gm badam keping
400 gm kacang hazel (dicincang) 250 gm telur
100 gm ceri merah
Vanila, serbuk kayu manis dan parutan limau
Chocolate chip secukupnya untuk hiasan

Cara-cara

Gaulkan mentega dengan gula hingga sebati dan masukkan telur sambil digaulkan hingga sebati barulah dimasukkan tepung dan digaul lagi hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan kacang dan ceri kemudian bentukkan seperti silinder. Setelah itu sejukkan di dalam peti sejuk. Potong dan hias dengan chocolate chip dan dibakar hingga masak.