Sambal Dain

Ramuan / Bahan

600 gm ikan dain kering seperti ikan kurau, ikan merah dan sebagainya
½ cawan kerisik
2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
5 ulas bawang merah
2 cm halia
10 tangkai cili kering 2 batang serai
2 ½ cm lengkuas
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan asam gelugur secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan kering, bakar hingga masak dan tumbuk hancur. Giling cili kering, bawang merah, serai, halia dan lengkuas. Satukan ikan kering, bahan giling, kerisik, asam keping, lada hitam dan garam dalam kuali biarkan selama setengah jam. Masak hingga hampir kering masukkan daun limau purut dan kunyit. Kacau atas api perlahan hingga betul-betul kering.