sambal cili padi

Ramuan / Bahan

10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 labu bawang merah(saiz sederhana)
1 sudu besar belacan Minyak
sedikit garam
2 biji limau kasturi

Cara-cara

Tumbuk cili padi,bawang putih,dan bawang merah.Tumbuklah sehingga lumat.kemudian masukkan belacan dan tumbuk lagi.

Kemudian,panaskan minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk.Biarkan ianya masak sehingga minyak menyerap di sisi bahan yang ditumbuk.

Selepas itu,masukkan garam dan perah limau kasturi.