Biskut Bintang Kayu Manis

Ramuan / Bahan

200 gm tepung serba guna
480 gm badam, dikisar halus
390 gm gula halus
5 biji telur putih
320 gm gula aising 15 gm serbuk kulit kayu manis
2 biji putih telur - aising royal
350 gm gula aising, diayak - aising royal
2 titik perahan limau susu - aising royal

Cara-cara

Satukan semua bahan dan gaul hingga rata. Jika adunan terasa kering, tambah putih telur. Jika terlalu lembik, tambah gula aising. Canai adunan setebal 1.25 cm. Ratakan aising royal di atas adunan dan simpan sejam di dalam peti sejuk hingga adunan keras sedikit. Celup acuan bintang ke dalam tepung lalu terap adunan ini. Susun biskut di atas dulang bakar yang dilengserkan dengan sedikit mentega dan dialas kertas minyak. Bakar 10-15 minit pada suhu 180'C. Untuk menyediakan aising royal, satukan semua bahan aising royal dan gaul hingga sebati.