Sambal Bilis Mentah

Ramuan / Bahan

Segenggam ikan bilis lembut(buang perut dan cuci)
5-8 biji cili padi
1 sudu makan Garam
1 sudu makan gula
sehiris limau nipis

Cara-cara

Di dalam lesung yang bersih, satukan cili, garam dan gula. Tumbuk, tapi jangan terlalu lumat. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah siap dicuci dan tumbuk campuran ini. Jangan terlalu lumat. Masukkan sambal ini ke dalam mangkuk dan perah sedikit limau ke atasnya.