Sambal Bilis Berkicap

Ramuan / Bahan

Bahan A
minyak masak (untuk menggoreng)
1oo gram ikan bilis (disiang)
Bahan B
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
10 tangkai cili padi (dimayang)
kicap manis (secukup rasa)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng bilis sehingga garing dan angkat
2. Kurangkan minyak sekadar cukup untuk menumis.
3. Tumiskan bahan B hingga naik bau.
4. Masukkan bilis dan kicap secukup rasa
5. Matikan api, angkat dan siap untuk dihidang