Bebola Berwalnut

Ramuan / Bahan

125 gm keju krim
1 sudu besar hirisan daun bawang
2 sudu teh puri tomato 50 gm walnut bakar (dicincang halus)
Acuan cawan kertas secukupnya

Cara-cara

Putar keju krim bersama daun bawang dan puri tomato hingga ia sebati. Simpan ia di dalam peti sejuk, 30 minit. Bentuk adunan tadi menjadi bebola kecil. Golekkan bebola di dalam walnut. Buat hingga adunan habis. Simpan ia semula di dalam peti sejuk, sebentar. Bubuh bebola di dalam cawan kertas. Hidangkan.