Sambal Belacan Tomato

Ramuan / Bahan

Digoreng:
2 biji lada besar
2 biji tomato
belacan


10 biji cili padi
limau kasturi
garam secukup rasa

Cara-cara

Goreng belacan,lada besar dan tomato sehingga masak.Tumbuk cili padi,kemudian masukkan bahan yang telah digoreng satu persatu dan tumbuk sehingga halus.Perah limau kasturi dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.