Sambal Belacan Sabah

Ramuan / Bahan

Bahan A

Bawang Merah 5-8 Biji (Buang Kulit dan Belah 2 sahaja)
Cili Padi 10-20 biji (Mengikut Rasa)
Belacan 2 inci (Mengikut citarasa)
Bahan B

Limau Kasturi 7 - 10 Biji
Garam ( Ikut rasa )
Gula ( Ikut rasa )

Cara-cara

Goreng Bahan A sehingga bawang dan lada agak layu. Kemudian Tumbuk menggunakan lesung batu, masukkan garam dan gula. Tumbuk dan gaulkan sehingga semuanya lumat dan sebati. Setelah sebati dan lumat masukkan air limau kasturi. Gaul antara pekat dan tidak.