Sambal Belacan Pedas Penampang Yang Mudah

Ramuan / Bahan

Bahan 1:
20 biji cili padi
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil ajinomoto

Bahan 2:
3cm belacan dibakar selama seminit
10 biji limau kasturi ditapis jus perahan

Cara-cara

tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan yang telah di bakar sehingga lumat. kemudian kacau dengan garam, ajinomoto,gula dan jus limau kasturi sehingga sebati.