Rendang Pedas Raya

Ramuan / Bahan

600 gm daging
2.5 cm lengkuas
15 biji cili kering
1 biji kelapa
10 labu bawang merah 2 batang serai
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin cili, bawang merah dan lengkuas. Potong daging sebesr 2.5 cm x 1 cm, bersih dan toskan. Masak santan dengan ramuan yang dimesin. Kacau selalu. Masukkan daging dan serai yang diketuk. Kacau selalu. Masukkan garam dan gula mengikut sesuka hati. Masak hingga santan pekat. Sebelum diangkat masukkan air asam jawa.