Batang Buruk Popia Sarawak

Ramuan / Bahan

untuk kulit
satu bungkus kulit popia(saiz besar)
sebiji telur(putih sahaja-untuk melekatkan kulit)
minyak untuk menggoreng untuk inti
½kg kacang hijau
½ gelas gula
1 paket susu tepung

Cara-cara

(kulit)
kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.gulung menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapat bentuk silinder.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak.
(inti)
kacang digoreng tanpa minyak.kemudian,kisar kacang itu sehingga halus dan ayak sehingga menjadi tepung.di bahagian lain,kisar gula tadi.seterusnya,gaulkan tepung kacang hijau,gula halus dan susu tepung.akhir sekali,masukkan inti yang telah digaul tadi ke dalam kulit yang telah digoreng.