Rendang Limpa

Ramuan / Bahan

1 kg limpa, dipotong
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
2 cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
Bahan-bahan dikisar halus:

20 tangkai cili merah
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit basah
2 camca teh ketumbar
½ camca teh jintan putih
Sedikit garam dan air asam jawa

Cara-cara

Limpa direbus setengah masak.

Masukkan potongan limpa ke dalam kuali bersama santan, rempah giling, daun kunyit, daun limau purut, lengkuas dan serai.

Masak sampai kering dan pecah minyak, kemudian diangkat.