Pencicah Ikan Bakar

Ramuan / Bahan

Bahan A

1 labu bawang besar (belah dua). Separuh dipanggang dan separuh lagi dicincang kasar
1 inci belacan (dipanggang)
3 biji cili merah
2 biji cili padi
½ mangkuk air asam jawa
Bahan B

1 keping gula melaka (dicairkan)
garam secukup rasa
2 biji limau kasturi(dibelah dua-diperah air)
2 tangkai daun kesum (diracik halus)
1 camca besar sos cili

Cara-cara

Bahan A dikisar (kecuali bawang besar cincang). Kemudian campurkan dengan bahan B dan bawang cincang.