Mangga Tumis

Ramuan / Bahan

bahan-bahan
1) 4 biji mangga mentah ( diparut kasar)
2) udang kering 200g ( ditumbuk )
3) lada kering 6-9 helai ( dikisar )
4) 5 biji bawang merah ( dikisar )
5) 5 biji bawang putih ( dikisar )
6) sedikit belacan ( dikisar )
7) garam, serbuk perisa dan gula
8) minyak untuk menumis

Cara-cara

1) mangga diparut kasar, ketepikan
2) udang kering ditumuk halus, ketepikan
3) bawang merah, putih, sedikit belacan, garam, serbuk perisa dan gula dikisar sekali.
4) kisar lada kering, ketepikan
5) panaskan minyak, tumis bahan (3) sehingga naik bau,masukkan lada kering yang telah dikisar, masukkan udang kering yang telah ditumbuk tumis sehingga kering dan keemasan. akhir sekali, masukkan mangga yang telah diparut tadi tumis sehingga kering dan semua bahan bercampur. pastikan tumisan menjadi betul-betul kering barulah dihidangkan.