Kuah Yong Tau Fu

Ramuan / Bahan

Untuk Kuah Manis

1 Camca Besar Minyak Masak
2 Ulas bawang putih (dimayang @tumbuk)
1 Botol kecil Sos Tiram (Maggi)
2 Camca besar tepung jagung
3 Camca besar Kacang Manis (Ade di Pasaraya)
gula secukup rasa
Sedikit air(ikut selera, kalau nak
pekat, air sikit) Kuah Pedas

½ Botol Sos cili
½ Botol Sos tomato
½ keping manisan atau gula melaka
1 Camca besar cuka
Sedikit garam
10 biji cili padi
1 camca kecil belacan
Sedikit air(ikut selera, kalau nak
pekat, air sikit)

Cara-cara

Cara memasak kuah manis.

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih.
2. Masukkan air, lepas tu masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Masukkan bahan selebihnya dan campur dengan air dan kacau sehingga mendidih,
Siap.....


Untuk kuah pedas

Campurkan kesemua bahan -bahan kuah pedas dan campur sedikit air,kacau sehinggan masak.
Siap.....