Kuah Kacang Tradisional

Ramuan / Bahan

Cili Kering (Ikut suka kalau mahu pedas taruk lebih)
Kacang Tanah (Yang telah disangai, dibuang kulit dan diblender)
Air Asam Jawa (Secukup rasa)
Gula (Secukup rasa)
Garam (Secukup rasa)
Minyak Masak (sedikit)
Air

Cara-cara

Panaskan minyak, goreng cili kering hingga naik bau. Sesudah itu, angkat dan terus masukkan kedalam blender dan kisar hingga lumat.

Lebihan minyak tadi jangan dibuang, gunakan kembali untuk menumis cili kering yang telah dikisar.

Tumis cili kering yang telah dikisar tadi dengan api kecil hingga wangi.

Masukkan kacang tanah yang telah dicampur dengan sedikit kedalam kuali, kacau sebati.

Masukkan Air Asam Jawa, Gula, Garam dan kacau sebati.

Sekiranya kuah pekat, tambah air dan kacau dengan api yg kecil hingga kuah kacang pecah minyak.

Siap