Karamel Bilis & Tempe Dengan Cili

Ramuan / Bahan

100gm ikan bilis putih
2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
3 biji cili kering
Belacan sebesar ibu jari
Tempe (sama rata atau kurang sedikit dari bilis) Sos cili 3 sudu besar (secukup rasa)
Kicap pekat 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Gula enam sudu
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara

Hiris tempe nipis-nipis dan goreng sehingga kuning dan garing. Tambah sedikit lagi minyak untuk menggoreng ikan bilis. Ketepikan. Tumbuk cili kering, bawang besar, belacan dan bawang putih. Tumiskan (dengan minyak yang sama) sehingga naik bau lalu masukkan cili sos, kicap, gula dan garam. Kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan selama beberapa saat agar menjadi pekat. Masukkan bilis dan tempe. Kacau seketika sehingga menjadi karamel.