Bahulu Kemboja

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam
200 gm gula pasir
500 gm tepung gandum
3 cawan pati santan 1 sudu teh garam
1 cawan jus daun pandan
100 gm bijan
Minyak sapi secukupnya

Cara-cara

Pukul telur dengan gula hingga hancur dan sebati. Masukkan tepung gandum, santan, jus daun pandan dan garam sambil dikacau hingga sebati rata. Sapukan acuan dengan minyak sapi kemudian panaskan di dalam ketuhar seketika. Tuangkan adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan secukup rata dia tasnya dan bakarlah hingga masak.