Jeruk Bembangan

Ramuan / Bahan

5 biji buah bembangan
sedikit garam
5 isi biji bembangan (utk di parut)

Cara-cara

Kupas kulit buah bembangan , kemudian basuh dan toskan dalam masa 1/2 jam. Kemudian hiris-hiriskan buah tadi setebal 1/2 in tebalnya. Ambil isi biji tadi untuk diparut. Setelah habis kesemua isi biji tadi gaulkan bersama garam mengikut rasa masing-masing, tetapi pastikan garam cukup. Setelah itu masukan kan buah bembangan yang telah dihiris tadi gaul sehingga kesemua diliputi biji yg diparut tadi.(rupa isi biji yg diparut berwarna putih seperti kelapa parut)Apabila telah digaulkan & masukkan beberapa biji cili padi dan masukkan ke dalam balang atau botol yang kedap udara.Simpan lebih kurang 1-2 minggu barulah boleh dimakan.